Nuffnang


widgets

Wednesday, 30 April 2014

Butik Pengantin

Assalamualaikum.
Dah lama saya tak update blog. Banyak betul jemputan kenduri kahwin, saya jangka akan bertambah lagi jemputannya menjelang cuti sekolah tak lama lagi. 
Disebabkan itu, muncullah idea saya untuk kongsikan beberapa butik pengantin di sekitar Segamat dan Melaka yang menjadi pilihan saya ketika nak berkahwin dulu. 

Kenapa Segamat dan Melaka?
Kerana Segamat adalah kampung halaman saya sementara Melaka kampung suami , masa saya nak berkahwin dulu ada juga survey beberapa butik pengantin jadi bolehlah saya kongsikan juga di sini. 

1. Ellif Bridal - Segamat
Butik ni merupakan pilihan saya semasa berkahwin dulu. Ownernya Kak Siti, kalau tak silap Ellif tu diambil sempena nama anak bujang Kak Siti bernama Ellif Danial. Staf-stafnya(Kak Elly, Ijam, As) pun sangat friendly dan gila-gila. 


Yang baju putih bertoncet kuning tu As, yang tudung merah tu ialah Kak Siti & Abg Syahrul (suami Kak Siti), yang baju hitam turban kuning pegang payung tu ialah tukang mekap Kak Aye. Masa ni saya teringin nak mata ala2 cat-eyes dengan lipstick merah menyala macam Fazura. Sebab masa malam berinai dan nikah mekap dah sopan-sopan gitu so untuk bersanding ni kasi menyala la semua. Kak Aye layankan je saya, sekali seumur hidup kan.
Yang paling penting adalah servis yang diberikan especially ketika majlis berlangsung. 
Saya bagi 5 stars untuk Ellif Bridal. Kak Siti mementingkan kualiti bukan kuantiti, maksimum 4 customer sahaja dalam 1 masa. Jadi siapa cepat dialah dapat, kalau lambat korang carilah bridal lain. Ketika majlis berlangsung, mereka aturkan 2 orang pembantu untuk bantu ketika majlis. Bagi saya ianya sangat penting, sebab ibu bapa dah sibuk melayan tetamu, jadi adanya mereka ni akan teratur sedikit upacara majlis. MUA Ellif Bridal ni ramai, dan semuanya memang berpengalaman. MUA saya dulu Kak Aye, saya memang pilih MUA perempuan. Selain aurat, MUA perempuan biasanya lagi pandai dari segi penggayaan tudung. Design pelamin ikut kehendak pelanggan dan setiap pelamin takkan sama dengan pelanggan yang lain. Nak usha lebih boleh visit FB Ellif Bridal ye :) 









2. Iris Awana - Segamat
 Iris Awana pun antara yang top di Segamat ni. Saya tak boleh nak cerita banyak sebab saya takda pengalaman dengan bridal ni. Tapi dari feedback yang saya dapat, servis mereka pun terbaik juga. Untuk lebih maklumat boleh visit FB Iris Awana sendiri.
Saya selitkan beberapa gambar milik Iris Awana.






3. Pusat Kecantikan Puteri (PKP) - Segamat
PKP ni bukan sahaja beri servis andaman pengantin, malah ada juga servis kecantikan seperti facial, sauna, massage dll. Saya lampirkan di sini beberapa keping gambar hasil PKP. Boleh visit FB PKP untuk maklumat lebih lanjut ye.





4. Gincu Merah Bridal - Segamat
Saya selalu lihat iklan oleh FB Gincu Merah Bridal ni. Harga yang ditawarkan oleh bridal ni boleh tahan murah juga. Setahu saya bridal ni dimiliki oleh anak muda bernama Lin yang sangat berbakat. Asalnya hanya mengikut makciknya pergi mengandam, sekarang dah punya andaman sendiri. Boleh lihat FB Gincu Merah Bridal untuk maklumat lebih lanjut. 





5. D'Kay's Idaman
Ni pun antara yang top kat Segamat, dah lama dah bridal ni. Ramai pelanggan berpuas hati dengan servis yang diberikan. Visit FB D'Kay's Idaman untuk info lebih lanjut ye :)




Sebelah Melaka pula saya tak survey banyak sebab cadangnya cuma nak buat majlis kecil-kecilan sahaja untuk majlis bertandang. Memandangkan suami pula anak sulung, plan kecil jadi besar pula. Ni andaman yang saya memang highly recommend kat Melaka ni.

1. Merlynn HomeConcept - Melaka
Bridal ni dipunyai oleh Kak Rosnaini, owner dia sangat baik dan kreatif. Barang-barang di bridal ni semuanya baru-baru belaka dan ditempah khas dari seberang laut. Semuanya design yang terbaru tau. Kak Ros ni dah lama dengan bisnes ni cuma dia baru buka butik sendiri. Setiap kali ada update terbaru daripada Merlynn, saya memang sentiasa berkenan. Rasa macam nak bersanding sekali lagi hihi. Nak tempah hantaran dan fotografi pun boleh. Sesiapa yang nak info lebih boleh visit FB Merlynn ye :)





2. GeeCantik Bridal House - Melaka
Terletak di Masjid Tanah Melaka, owner die Chi Chi memang comel sangat. 
Saya pun berkenan juga dengan bridal ni. Saya letakkan beberapa gambar sebagai contoh ye. Nak lebih tengokla kat FB GeeCantik Bridal House.





3. Mentari Kreatif - Melaka
Ni pun bridal yang top kat Melaka, rasanya pengantin2 kat Melaka mesti kenal bridal ni.
Butik nye depan Aeon Bandaraya Melaka. 
Boleh visit page Mentari Kreatif untuk info lebih lanjut.





Last but not least saya nak cerita tentang MUA(Makeup Artist) masa majlis bertandang saya di Melaka. Actually masa sebelah suami, kebanyakan persiapannye DIY je oleh pengantin (hik hik saya lah tu). Baju pun milik persendirian. 

Jadi saya lantik seorang MUA untuk mencantikkan wajah saya masa majlis tersebut.
MUA ni sebenarnya MUA untuk Kaseh Bridal dan Merlynn Home Concept.
Pada masa yang sama dia juga bergerak sebagai freelance make-up artist.
Untungnya saya kerana dia merupakan kawan saya.
Namanya Nadieya atau saya panggil Kak Nad.
Seriously make up Kak Nad ni sangat lembut dan nampak natural. Tambah lagi, Kak Nad pandai menggayakan tudung. Bagi sesiapa yang ada function, bertunang atau majlis perkahwinan, bolehlah contact Kak Nad untuk solekan ye. Casnye tak mahal pun kalau nak dibandingkan dengan hasil yang diberikan.
Nak maklumat lanjut boleh contact Kak Nad kat FB Nadieya Zam.

Inilah hasil DIY saya, mulanya nak letak lace kat tudung memandangkan lace untuk dress tu ada lebih tapi penyakit M membataskan segalanya. Jadinya tudung nampak kosong je kan. Saya dimekap oleh Kak Nad. Tudung tu pun saya gayakan ikut suka hati je, Kak Nad layankan je saya ni. Nasib baik kawan kalau tak mesti dah kene sebat. Hihi.

Kat bawah ni lagi gambar hasil tangan Kak Nad.




Sekian sahaja entry saya tentang butik pengantin di Segamat dan Melaka.
Banyak lagi yang vogue dan mantop. Tak semestinya yang saya tak letak kat sini tak bagus tau. Cuma ni sahaja yang saya ada dalam rujukan saya.
Harap ianya dapat membantu bakal-bakal pengantin untuk dapatkan khidmat terbaik ketika majlis mereka nanti. 

Sedikit tips saya dapat daripada Kak Aye dan Kak Nad, sebelum mekap tu tenyehla muka dengan ais. Ambil la beberapa ketulan ais letakkan dalam kain, pastu tepekkan di muka sebelum dimekap. Tujuannya nak bagi muka nampak segar je, takda lah kusam je muka pengantin nanti. 

Sekian sahaja.
Tata semua, sayang korang =)

Wednesday, 23 April 2014

Minuman Berkarbonat - Sedap Tapi Bahaya

Assalamualaikum.


Minuman berkarbonat memang popular dalam kalangan masyarakat. Tambahan lagi dikala cuaca panas, ditambah dengan ketulan ais menjadikan minum berkarbonat antara pilihan utama kebanyakan orang. Malah ketika musim perayaan juga, minuman berkarbonat menjadi pilihan kerana mudah untuk dihidang selain promosi-promosi yang menawarkan harga murah di musim perayaan tersebut.

Namun, sedarkah kita bahawa minuman berkarbonat ini membawa mudarat kepada kesihatan? Biar apa jenamanya, secara umum, kandungan minuman berkarbonat mengandungi terlalu banyak gula. 

Menurut sekumpulan penyelidik dari Universiti Harvard bahawa satu gelas minuman berkarbonat setiap hari boleh meningkatkan risiko serangan jantung. Kajian yang dilakukan ke atas lebih 40,000 lelaki menunjukkan, minuman yang penuh dengan kandungan gula itu meningkatkan risiko serangan jantung sehingga 20 peratus, termasuk boleh menyebabkan kematian.

Menurut Ketua penyelidik Dr. Lawrence de Koning, tubuh akan bertindak mengimbangi pengambilan gula berlebihan dengan menghasilkan lemak simpanan dan sesetengah daripadanya tidak baik untuk jantung.

Menurutnya lagi, ujian dalam sampel darah menunjukkan mereka yang mengambil minuman bergula berpotensi memiliki lemak dan protein yang tinggi dalam darah, yang dikaitkan dengan serangan jantung. Keadaan ini menyebabkan paras kolestrol baik pula menjadi rendah.

Kajian itu juga menunjukkan lebih banyak minuman manis yang diambil seseorang, termasuk jus buah-buahan diawet yang ditambah gula ketika dihasilkan, ia boleh meningkatkan risiko serangan jantung. Keadaan itu diburukkan lagi dengan faktor lain seperti amalan merokok, obesiti, pengambilan alkohol dan juga gaya hidup yang tidak aktif.

Minuman berkarbonat sebenarnya tidak mengandungi zat, tetapi banyak kalori yang datang daripada gula. Banyak bukti saintifik menunjukkan ia ada kaitan langsung dengan pertambahan berat badan. Apa yang merisaukan, jika anak-anak seawal usia sudah didedahkan dengan keasyikan minuman berkarbonat ini. Selain masalah pertambahan berat badan, ia juga menjadi faktor masalah kencing manis di usia muda.


Justeru itu, marilah kita elak mengambil terlalu banyak minuman berkarbonat, sebaliknya gantikan dengan pilihan lain seperti teh/ kopi, jus buah-buah, atau lain-lain yang lebih berkhasiat. Malah sebagai ibu bapa, kita juga perlu mendidik anak mengenai keburukan meminum terlalu banyak minuman berkarbonat.


Jadikan diri kita sebagai teladan untuk anak-anak.
Sayangi diri, lindungi keluarga.
Sekian sahaja, jumpa lagi.
Love you all (*_*)

Tuesday, 22 April 2014

Simple 1st Giveaway Blog Kisah Kita

Assalamualaikum w.b.t.

Klik banner untuk join.

Dijemput semua untuk memberi sokongan dan memeriahkan lagi Simple 1st Giveaway dari Blog Kisah Kita iaitu GA bersama My Stitching Wold and Shop. Buat pertama kalinya GA ini dianjurkan, harap ianya mendapat sambutan. Semoga GA ini dapat menambahkan lagi kenalan dan mengeratkan silaturrahim sesama rakan-rakan.

Syarat-syaratnya cukup mudah dan ada hadiah menanti pemenang yang bertuah berdasarkan random.org

Hadiah-hadiah:
Sepasang Kain Pasang (100% Crepe Silk) - 1 Pemenang
1 Shawl - 1 Pemenang
1 T-Shirt (Bandung) - 1 Pemenang
1 Fridge Magnet (Bandung) - 1 Pemenang
1 Fridge Magnet (Pulau Pangkor) - 1 Pemenang

GA ini berlangsung dari 1 April 2014 - 30 April 2014