Nuffnang


widgets

Tuesday, 6 May 2014

Kisah OREO Cheese Tart

Assalamualaikum.

Tadi saya belek handphone, terjumpalah gambar-gambar lama.
Mata saya terpandang pada gambar OREO Cheese Tart yang saya buat tak lama dulu.
Resipi original dalam English saya dapat dari seorang auntie berbangsa Cina.
Saya ada postkan gambar ni kat FB sebelum ni, tapi kali ni saya nak kongsikan resipinya sekali.

Bahan-bahan untuk kulit tart:
110g Butter
40g Gula Icing
1 Biji Telur
1/2tbs Chocolate Emulco
60g Serbuk Oreo
10g Serbuk Koko
150g Tepung Gandum

1. Pukul butter dan gula biar sebati, kemudian masukkan telur dan chocolate emulco. Tak perlu pukul lama sampai kembang, adunan tu sebati je pun dah memadai.
2. Masukkan serbuk oreo, serbuk koko, dan tepung sedikit-sedikit sehingga adunan jadi doh yang lembut. Saya takda gambar nak tunjuk adunan yang dah siap, tapi kalau betul2 ikut berat seperti resipi yang saya tulis ni memang dah elok la.
3. Seeloknya doh ni disimpan semalaman dalam peti sejuk sebelum dimasukkan dalam acuan tart. Masukkan adunan dalam acuan tart dan tekan keliling. Kalau rasa ketebalan tak sekata, bolehla canaikan dulu adunan tu, potong ikut saiz acuan, lepastu baru dimasukkan dan ditekan dalam acuan, baru semua kulit tart jadi sama tebal dan cantik.
4. Kalau ada lebihan adunan kat mulut acuan, ratakan guna pisau. Takda kulit tart senget sebelah.
5. Bakar dalam oven dengan suhu 180'C selama 25 minit.

Filling:
10g Serbuk Gelatin (Pastikan ada tanda HALAL)
50ml Air
150g Cream Cheese
80g Icing Sugar
80g OREO Crumb
300g Fresh Cream
100g Soft Chocolate Paste

1. Panaskan air menggunakan kaedah doube-boil dan masukkan serbuk gelatin.
2. Pukul cream cheese dan icing sugar sampai kembang.
3. Masukkan fresh cream, soft choc paste dan gelatin (yang dah dicairkan tadi) dalam adunan cream cheese.
4. Akhir sekali masukkan pula OREO Crumb dan gaul sebati.
5 Bolehlah dipaipkan masuk dalam kulit tart yang dah disejukkan. 

TADAA!! Rupa OREO Cheese Tart saya macam ni.




Ada rupa macam aiskrim tak?
Ikut kreativiti sendirilah ye macam mana nak hias.

Saya pun first time buat guna resipi ni dan menjadi.
Korang kalau rasa terlebih rajin bolehlah cuba juga.

Sekian sahaja, jumpa lagi.
Love korang ketat-ketat (*_~)

1 comment: