Nuffnang


widgets

Tuesday, 6 May 2014

TRY TEST ROTI PURI

Assalamualaikum.

Pernah dengar roti puri? Roti yang menggelembung macam belon bila digoreng tu.
Entah apesal teringin pula tekak ni nak makan roti puri.

Maka saya pun mintak la resipi kat anak tokei kedai makanan yang famous dengan roti puri di Temoh, Perak. Anak tokei ni nama dia Aisyah aka Ecah, she's my friend of-course. Jadi si Ecah ni pun seboklah menelefon maknya di Perak semata-mata nak dapatkan resipi. Tapi takkanlah nak bagi saya ikut adunan untuk meniaga kan. Ade menggelembung perut suami nak menghabiskan roti puri ni.

Jadi Ecah bagi saya bahan-bahannya sahaja, kuantiti ikut suka sendiri.
Nak sharekan resipi kat sini malu pula sebab kuantiti bahan tu saya agak-agak je. 

Bahan-bahan:
1 Cawan Tepung Gandum
1/2st Soda Bikarbonat (Sedikit je tau)
1st Marjerin
1/2st Garam
1st Gula
Air secukupnya

Caranya:
1. Satukan tepung gandum, soda, dan garam.
2. Masukkan marjerin dan gaul sebati.
3. Larutkan gula dalam air dan masukkan dalam adunan.
4. Uli sampai adunan tak melekat.
5. Biarkan adunan dalam sejam baru digelek nipis dan goreng.


Ni hasil yang pertama roti puri saya.
Masa ni adunan baru je siap tak sempat nak rehatkan, tapi dek kerana tak sabar saya dah gelek dan goreng.
Seeloknya gelek bagi nipis, yang saya buat ni agak tebal maka gelembung yang terhasil tak berapa cantik. 
Saiznya pun lebih elok kalau comel-comel aje, macam puri saya ni dah setepek sebesar muka saya. Tak comey langsung.

Tapi tak mengapalah, ni baru first time.
Dapat juga la buat muka eksyen kat suami sebab roti puri saya enak dan lembut.
Tapi takleh lawanpuri mak Ecah yang dah memang terkenal tu.
Apepun, terima kasih Ecah untuk resipi ni. 

Sekian sahaja, jumpa lagi.
(^_~)

4 comments:

  1. kalau nak lagi sedap pakai tepung atta ...sebab saya buat pakai tepung atta...yummy sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sy dengar ramai org guna tepun atta. tp sy tak kenal la tepung atta tu yang. hihi. ni buat pakai ape yg ade je kat rumah hihihi

      Delete
  2. wah..pandainya ko masak ye dayah. baru aku tau bakat ko ni. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu ah ko taktau aku banyak bakat terpendam selain nyanyi sampai guruh berdentum hihihi

      Delete