Nuffnang


widgets

Monday, 5 May 2014

Snek Terbaik Untuk Anak

Assalamualaikum.

Kali ini saya nak cerita tentang makanan sampingan atau snek yang saya anggap paling baik untuk anak-anak. Setiap kali anak merengek dan mahukan perhatian, ramai ibu bapa memilih snek ringan seperti keropok, gula-gula dan coklat sebagai 'umpan' untuk memujuk. Apa kata tukar snek ringan kepada makanan sunnah yang tentunya mendatangkan lebih banyak kebaikan.


1. BADAM
Kanak-kanak amat sesuai memakan badam untuk pembesaran, membina tulang dan gigi serta menjadikan otak anak lebih cergas. Jangan takut mengambil badam yang dikatakan mengandungi lemak yang tinggi kerana walaupun badam mengandungi kuantiti lemak yang tinggi tetapi 90% dari lemak badam adalah lemak tidak tepu (unsaturated fat) yang diperlukan oleh badan.

2. KURMA
Kanak-kanak memang gemarkan makanan yang manis maka ia sesuai untuk menggantikan gula-gula yang boleh merosakkan gigi. Rasa manis kurma berupaya memberi tenaga segera yang akan diserap oleh tubuh serta-merta. Jika anak-anak mengalami sembelit, mengambil kurma boleh mencegah masalah ini dari berlaku. Kandungan serat yang tinggi dan kaya potasium amat baik untuk sistem pelawasan.

3. KISMIS
Kismis kaya dengan garam mineral dan vitamin-vitamin yang baik untuk tubuh. Salah satu manfaat kismis yang paling menarik adalah menguatkan daya ingatan dan kecerdasan minda.
Kismis juga kaya dengan serat dan mempunyai kalori yang rendah.

4. MADU
Madu kaya dengan fruktosa iaitu gula ringkas yang boleh diserap terus ke dalam darah untuk memberi tenaga segera. Para penyelidik menggelar madu sebagai agen untuk mencerdaskan otak.

5. HABATUS SAUDA
Habbatus sauda banyak disebut-sebut dalam kitab-kitab lama sebagai penawar pelbagai penyakit. Ia penuh dengan kandungan baik seperti glukosa, polisakarida, kalsium, ferum, karotan dan asid amino.

Tertarik untuk saya kongsikan entri Puan Lina iaitu Resepi Makanan Untuk Minda Kanak-Kanak.
Bagi saya ini adalah informasi yang sangat bermanfaat untuk saya mahupun ibu-ibu dalam memberi makanan sunnah kepada anak-anak. Insya Allah saya akan latih dan beri anak saya makan makanan sunnah sejak dari hari pertama dia merasa makanan. 

Sekian sahaja, jumpa lagi.
Tata (*_^)

No comments:

Post a Comment