Nuffnang


widgets

Tuesday, 6 May 2014

Tips Menghadapi Cuaca Panas

Assalamualaikum.


Cuaca panas dan lembab sepanjang tahun adalah sinonim dengan negara kita Malaysia. Malaysia mengalami Iklim khatulistiwa atau juga dikenali sebagai iklim hutan hujan tropika yang mana tiada musim panas dan sejuk yang ketara, sebaliknya bercuaca panas dan lembap sepanjang tahun.

Oleh itu cuaca panas adalah fenomena biasa di kalangan warga Malaysia. Suka atau tidak kita perlu menghadapinya. Pendedahan kepada cuaca panas ini memberi kesan yang tidak baik untuk kesihatan kesihatan. Saya kongsikan kesan-kesan dan tips menghindari kesan cuaca panas.


Kesan akibat cuaca panas:
Keletihan/kelesuan akibat dari panas (heat fatigue)
Pitam/pengsan akibat dari panas (heat syncope)
Kekejangan akibat dari panas (heat cramps)
Keletihan/kepenatan akibat dari panas (heat exhaustion)
Strok akibat dari panas (heat stroke)

Antara gejala-gejala berkaitan cuaca panas:
Sakit kepala
Keletihan
Tumpuan lemah
Pening
Lemah otot–otot badan atau kekejangan
Mual dan muntah

Keadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan), kekeliruan, dan koma (tidak sedarkan diri).
Bak kata pepatah, "Mencegah adalah baik daripada mengubati".

Antara langkah pencegahan yang patut kita amalkan:
Minum dengan banyak, tanpa mengira tahap aktiviti anda. Jangan tunggu hingga anda dahaga.
Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.
Berada di dalam rumah/bangunan
Hadkan aktiviti luar
Berehat dengan kerap
Mandi atau buka kipas angin untuk meyejukkan anda
Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang, dan longgar.
Pakai topi atau payung yang besar

Antara perkara yang perlu dielakkan:
Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tinggi. 
Membiarkan seseorang di dalam kereta yang bertutup.
Bersenam dalam cuaca panas

Sekiranya anda mempunyai tanda berkaitan cuaca panas, sila:
Keluar dari kawasan yang panas
Tanggalkan pakaian yang ketat
Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan
Gunakan kipas untuk sejukkan badan
Minum air setiap 15 minit
Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal

Sekadar perkongsian untuk manfaat bersama.
Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia.
Sekian, jumpa lagi (*_~)

No comments:

Post a Comment