Nuffnang


widgets

Tuesday, 17 June 2014

Chickenpox aka Campak aka Varicella

Assalamualaikum.

Last entry haritu saya cerita pasal Sarah demam. 
Rupanya die demam tu sebab nak kene chickenpox.
Tapi mak mertua saya kata die kene campak keladi, so takla teruk sangat sampai gelembung berair.
Cuma baby jadi tak selesa dan gatal mengenyam la. 

Malam-malam mesti dia terjaga sebab gatal, pastu mula la menjerit sambil menggaru. 
Baby 8 bulan apela tau sangat, bila pegang tangan tak bagi menggaru pun lepastu die garu semula. Kesian dia.

Banyak juga petua orang dah bagi, bagi minum air kelapa la, ada yang suruh lapikkan daun semambu bawah tempat tidurla... 
Saya cuba jugak bagi Sarah minum air kelapa tapi die kepitkan bibir dia tanda tak nak minum la tue. So saya cuma pakaikan Calamine Lotion je kat dia. 
Bila pakai tu dia rasa selesa sikit dan takdela nak menggaru sangat. 

Harini nampaknya makin susut bintik2 merah di badan. 
Sarah pun dah makin aktif. 
Harapnya cepat lah sembuh.
Hubby pun dah abis cuti, esok terpaksalah mummy jaga Sarah sorang2.
Huhu~

Tata Titi Tutu
(^_~)

Friday, 13 June 2014

SARAH DEMAM!!!

Assalamulaikum.

Poor Sarah, dah 2 hari demam.
Don't know how to express how worried I was when I notice she has fever.
This is the first time she got fever, dat's why mummy abit panic. 
I keep thinking and worried about serious bacterial illness or the temperature of the fever is dangerous to my baby.

Semalam, Sarah langsung tak mahu kat orang except her mummy.
Nak berdukung je keje nye. Mummy duduk die melalak. Adoyai anak....
Dengan cuaca di luar yang agak panas, dengan shu badan dia yang panas.... mummy jadi risau terlebey.
Nak tidurkan pun die melalak, kuat pula tu.

Esok nak buat kenduri akikah untuk dia + wedding adik ipar.
Macam mana kalau Sarah masih tak sehat and ofcos die merengek sepanjang masa.
Alahai kesiannya anak mummy.

I just act calm for the time being, tapi memang tak boleh tipu bergelora perasaan bila pegang badan anak still panas. Hopefully the fever go down quickly coz I can't stand to watch my baby in pain.

Tata (*_~)

Thursday, 5 June 2014

Breakfast with Apam Polkadot

Assalamualaikum.
Hi dearies semua.
Sejak sehari dua ni hujan turun di malam hari dan pagi.
Nyaman betul rasa, tapi yang lecehnya baju payah nak kering.


See apam polkadot makcik ni tombam2 sehengget 3 biji.
Tak semena-mena saya dapat ilham nak bagi doorgift apam polkadot masa kenduri akikah Sarah minggu depan.
Sebelum ni saya dah pernah buat apam dot dot ni cuma tak sempat nak update sini.
Handphone rosak jawabnya lagi lama la kesah apam polkadot tu bersarang dalam memory card tu.

Tu je kot nak cerita.
Love you all muchoss muahh muahh =))
Tata Titi Tutu.




Segmen Blogging + Menang Hadiah!


KLIK BANNER UNTUK JOIN

Salam 1 Malaysia. Segmen terbaru kini dilancarkan! Tujuan segmen ini diadakan untuk beramah mesra sesama blogger. Yang tak kenal, kini boleh berkenal-kenalan. Menambah rakan maya. Yang bestnya segmen ini menyediakan hadiah menarik buat pemenang bertuah!

HADIAH:
USB Flash Drive/Pendrive 8GB
Jewellery Fashion 1 set
Novel
T-Shirt
Fridge magnet
Keychain

Segmen Blogging + Menang Hadiah! anjuran dan tajaan Yumida

TAMAT: 29 MEI 2014 – Jam 11.59 malam

Wednesday, 4 June 2014

SIAPA ADA TEMPLATE SURAH YASIN UNTUK DOORGIFT???

Assalamualaikum.

Hi, darling-darling semua.
Lama sangat dah tak update blog.
Sibuk teramat la sebab baru pindah ke Melaka.

Nak mintak bantuan darling-darling sekiranya ada sesiapa yang pernah DIY Surah Yasin. 
Dengan muka tak malunya saya nak minta template boleh tak?? Huhu.

Sebenarnya nak buat kenduri akikah baby Sarah nextweek, ni kira dah last minit nak tempah personalize Yasin memang orang tak layan. 
Kalau ada pun harganya amatlah tak berbaloi. Tak elok membazir ye tak?? 
Tu dok budget nak buat sendiri je cover surah Yasin tu.
Hihi.

Please please please.... share dengan saya template cover surah Yasin.
Sayang korang mmuah mmuah.

Tata Titi Tutu =))


Tuesday, 6 May 2014

Giveaway 3rd Anniversary Syahoney Kitty

Assalamualaikum.

Sebenarnya saya tak sengaja terbuka blog Syahoney Kitty ni.
Saya nampak Syahoney dalam Majalah Keluarga Edisi Mei dengan gambar-gambar Primadona Hello Kitty ni. Lebih-lebih lagi kereta pinky Kitty dia tersangatlah comel. 

Saya pun minat Hello Kitty gak hokey!

Jadi saya pun terlebih rajin google tentang Syahoney ni dan terjumpa la blog comelnya. Terus nampak GA sempena 3rd anniversary maka saya pun teruslah menyibukkan diri untuk turut serta.

Jom kawan-kawan join sama GA ni.

 Giveaway 3rd Anniversary Syahoney Kitty

Klik pada banner untuk join ye.

Jumpa lagi.
Love you all muchoss.
(^_^)


TRY TEST ROTI PURI

Assalamualaikum.

Pernah dengar roti puri? Roti yang menggelembung macam belon bila digoreng tu.
Entah apesal teringin pula tekak ni nak makan roti puri.

Maka saya pun mintak la resipi kat anak tokei kedai makanan yang famous dengan roti puri di Temoh, Perak. Anak tokei ni nama dia Aisyah aka Ecah, she's my friend of-course. Jadi si Ecah ni pun seboklah menelefon maknya di Perak semata-mata nak dapatkan resipi. Tapi takkanlah nak bagi saya ikut adunan untuk meniaga kan. Ade menggelembung perut suami nak menghabiskan roti puri ni.

Jadi Ecah bagi saya bahan-bahannya sahaja, kuantiti ikut suka sendiri.
Nak sharekan resipi kat sini malu pula sebab kuantiti bahan tu saya agak-agak je. 

Bahan-bahan:
1 Cawan Tepung Gandum
1/2st Soda Bikarbonat (Sedikit je tau)
1st Marjerin
1/2st Garam
1st Gula
Air secukupnya

Caranya:
1. Satukan tepung gandum, soda, dan garam.
2. Masukkan marjerin dan gaul sebati.
3. Larutkan gula dalam air dan masukkan dalam adunan.
4. Uli sampai adunan tak melekat.
5. Biarkan adunan dalam sejam baru digelek nipis dan goreng.


Ni hasil yang pertama roti puri saya.
Masa ni adunan baru je siap tak sempat nak rehatkan, tapi dek kerana tak sabar saya dah gelek dan goreng.
Seeloknya gelek bagi nipis, yang saya buat ni agak tebal maka gelembung yang terhasil tak berapa cantik. 
Saiznya pun lebih elok kalau comel-comel aje, macam puri saya ni dah setepek sebesar muka saya. Tak comey langsung.

Tapi tak mengapalah, ni baru first time.
Dapat juga la buat muka eksyen kat suami sebab roti puri saya enak dan lembut.
Tapi takleh lawanpuri mak Ecah yang dah memang terkenal tu.
Apepun, terima kasih Ecah untuk resipi ni. 

Sekian sahaja, jumpa lagi.
(^_~)

Kisah OREO Cheese Tart

Assalamualaikum.

Tadi saya belek handphone, terjumpalah gambar-gambar lama.
Mata saya terpandang pada gambar OREO Cheese Tart yang saya buat tak lama dulu.
Resipi original dalam English saya dapat dari seorang auntie berbangsa Cina.
Saya ada postkan gambar ni kat FB sebelum ni, tapi kali ni saya nak kongsikan resipinya sekali.

Bahan-bahan untuk kulit tart:
110g Butter
40g Gula Icing
1 Biji Telur
1/2tbs Chocolate Emulco
60g Serbuk Oreo
10g Serbuk Koko
150g Tepung Gandum

1. Pukul butter dan gula biar sebati, kemudian masukkan telur dan chocolate emulco. Tak perlu pukul lama sampai kembang, adunan tu sebati je pun dah memadai.
2. Masukkan serbuk oreo, serbuk koko, dan tepung sedikit-sedikit sehingga adunan jadi doh yang lembut. Saya takda gambar nak tunjuk adunan yang dah siap, tapi kalau betul2 ikut berat seperti resipi yang saya tulis ni memang dah elok la.
3. Seeloknya doh ni disimpan semalaman dalam peti sejuk sebelum dimasukkan dalam acuan tart. Masukkan adunan dalam acuan tart dan tekan keliling. Kalau rasa ketebalan tak sekata, bolehla canaikan dulu adunan tu, potong ikut saiz acuan, lepastu baru dimasukkan dan ditekan dalam acuan, baru semua kulit tart jadi sama tebal dan cantik.
4. Kalau ada lebihan adunan kat mulut acuan, ratakan guna pisau. Takda kulit tart senget sebelah.
5. Bakar dalam oven dengan suhu 180'C selama 25 minit.

Filling:
10g Serbuk Gelatin (Pastikan ada tanda HALAL)
50ml Air
150g Cream Cheese
80g Icing Sugar
80g OREO Crumb
300g Fresh Cream
100g Soft Chocolate Paste

1. Panaskan air menggunakan kaedah doube-boil dan masukkan serbuk gelatin.
2. Pukul cream cheese dan icing sugar sampai kembang.
3. Masukkan fresh cream, soft choc paste dan gelatin (yang dah dicairkan tadi) dalam adunan cream cheese.
4. Akhir sekali masukkan pula OREO Crumb dan gaul sebati.
5 Bolehlah dipaipkan masuk dalam kulit tart yang dah disejukkan. 

TADAA!! Rupa OREO Cheese Tart saya macam ni.




Ada rupa macam aiskrim tak?
Ikut kreativiti sendirilah ye macam mana nak hias.

Saya pun first time buat guna resipi ni dan menjadi.
Korang kalau rasa terlebih rajin bolehlah cuba juga.

Sekian sahaja, jumpa lagi.
Love korang ketat-ketat (*_~)

MYSALE

Assalamualaikum.

Untuk kaki shopping ni saya bawa berita baik untuk anda....
Pernah dengar tentang MYSALE tak?

MYSALE is a Malaysia's #1 online shopping club. 
Banyak barang-barang branded yang dijual pada harga murah. 
Boleh dikatakan 60% daripada stok akan habis dijual dalam tempoh 48 jam.



Sunglasses by Versace was RM1696. Now RM179. 
Sale starts 5 May at 8.30pm


Women's wristwatch by Fossil at TOP DESIGNER WATCHES was RM271. Now RM190
Sale starts 6 May at 4.30pm


Best of Sunglasses and Watches



Cosmetics from RM9: Fresh Faced Beauty by Calvin Klein

Beauty Buys for Mother's Day

Alfio Raldo bags

                   
 MYSALE

Cakap banyak pun tak guna, korang view sendiri page MYSALE ok?
Just a FREE sign up dear, klik sini untuk sign up ye =)


Sekian sahaja, jumpa lagi.
Tata (^_~)

Tips Menghadapi Cuaca Panas

Assalamualaikum.


Cuaca panas dan lembab sepanjang tahun adalah sinonim dengan negara kita Malaysia. Malaysia mengalami Iklim khatulistiwa atau juga dikenali sebagai iklim hutan hujan tropika yang mana tiada musim panas dan sejuk yang ketara, sebaliknya bercuaca panas dan lembap sepanjang tahun.

Oleh itu cuaca panas adalah fenomena biasa di kalangan warga Malaysia. Suka atau tidak kita perlu menghadapinya. Pendedahan kepada cuaca panas ini memberi kesan yang tidak baik untuk kesihatan kesihatan. Saya kongsikan kesan-kesan dan tips menghindari kesan cuaca panas.


Kesan akibat cuaca panas:
Keletihan/kelesuan akibat dari panas (heat fatigue)
Pitam/pengsan akibat dari panas (heat syncope)
Kekejangan akibat dari panas (heat cramps)
Keletihan/kepenatan akibat dari panas (heat exhaustion)
Strok akibat dari panas (heat stroke)

Antara gejala-gejala berkaitan cuaca panas:
Sakit kepala
Keletihan
Tumpuan lemah
Pening
Lemah otot–otot badan atau kekejangan
Mual dan muntah

Keadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan), kekeliruan, dan koma (tidak sedarkan diri).
Bak kata pepatah, "Mencegah adalah baik daripada mengubati".

Antara langkah pencegahan yang patut kita amalkan:
Minum dengan banyak, tanpa mengira tahap aktiviti anda. Jangan tunggu hingga anda dahaga.
Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.
Berada di dalam rumah/bangunan
Hadkan aktiviti luar
Berehat dengan kerap
Mandi atau buka kipas angin untuk meyejukkan anda
Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang, dan longgar.
Pakai topi atau payung yang besar

Antara perkara yang perlu dielakkan:
Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tinggi. 
Membiarkan seseorang di dalam kereta yang bertutup.
Bersenam dalam cuaca panas

Sekiranya anda mempunyai tanda berkaitan cuaca panas, sila:
Keluar dari kawasan yang panas
Tanggalkan pakaian yang ketat
Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan
Gunakan kipas untuk sejukkan badan
Minum air setiap 15 minit
Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal

Sekadar perkongsian untuk manfaat bersama.
Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia.
Sekian, jumpa lagi (*_~)

Monday, 5 May 2014

Snek Terbaik Untuk Anak

Assalamualaikum.

Kali ini saya nak cerita tentang makanan sampingan atau snek yang saya anggap paling baik untuk anak-anak. Setiap kali anak merengek dan mahukan perhatian, ramai ibu bapa memilih snek ringan seperti keropok, gula-gula dan coklat sebagai 'umpan' untuk memujuk. Apa kata tukar snek ringan kepada makanan sunnah yang tentunya mendatangkan lebih banyak kebaikan.


1. BADAM
Kanak-kanak amat sesuai memakan badam untuk pembesaran, membina tulang dan gigi serta menjadikan otak anak lebih cergas. Jangan takut mengambil badam yang dikatakan mengandungi lemak yang tinggi kerana walaupun badam mengandungi kuantiti lemak yang tinggi tetapi 90% dari lemak badam adalah lemak tidak tepu (unsaturated fat) yang diperlukan oleh badan.

2. KURMA
Kanak-kanak memang gemarkan makanan yang manis maka ia sesuai untuk menggantikan gula-gula yang boleh merosakkan gigi. Rasa manis kurma berupaya memberi tenaga segera yang akan diserap oleh tubuh serta-merta. Jika anak-anak mengalami sembelit, mengambil kurma boleh mencegah masalah ini dari berlaku. Kandungan serat yang tinggi dan kaya potasium amat baik untuk sistem pelawasan.

3. KISMIS
Kismis kaya dengan garam mineral dan vitamin-vitamin yang baik untuk tubuh. Salah satu manfaat kismis yang paling menarik adalah menguatkan daya ingatan dan kecerdasan minda.
Kismis juga kaya dengan serat dan mempunyai kalori yang rendah.

4. MADU
Madu kaya dengan fruktosa iaitu gula ringkas yang boleh diserap terus ke dalam darah untuk memberi tenaga segera. Para penyelidik menggelar madu sebagai agen untuk mencerdaskan otak.

5. HABATUS SAUDA
Habbatus sauda banyak disebut-sebut dalam kitab-kitab lama sebagai penawar pelbagai penyakit. Ia penuh dengan kandungan baik seperti glukosa, polisakarida, kalsium, ferum, karotan dan asid amino.

Tertarik untuk saya kongsikan entri Puan Lina iaitu Resepi Makanan Untuk Minda Kanak-Kanak.
Bagi saya ini adalah informasi yang sangat bermanfaat untuk saya mahupun ibu-ibu dalam memberi makanan sunnah kepada anak-anak. Insya Allah saya akan latih dan beri anak saya makan makanan sunnah sejak dari hari pertama dia merasa makanan. 

Sekian sahaja, jumpa lagi.
Tata (*_^)

Sunday, 4 May 2014

Contest:May Blogwalking by Wani

Assalamualaikum.
Jom kawan-kawan kita sertai Contest: May Blogwalking by Wani.


Syaratnya mudah sangat.
1. Follow blog Wani.
2. Buat satu entri bertajuk 'Contest:May Blogwalking by Wani'.
3. Letakkan banner di atas di entri blog anda itu (Jangan lupa sertakan backlink kan ye)
4. Maklumkan entri anda itu bahagian komen giveaway ni.

Abaikan due-date di banner. 
Due date baru ialah 10/5/2014.

Sekian, jumpa lagi.
(^_~)

Saya nak Lipstik Marykay

Assalamualaikum.

Jom kawan-kawan kita meriahkan GA oleh Alyani Matshah. 
Selain boleh ramaikan kenalan, hadiahnya pun menarik juga. 
Yang penting syaratnya nak join mudah sahaja. 
Bermula pada 1 Mei 2014 dan berakhir pada 30 Mei 2014.

 Saya nak Lipstik Marykay
Sila klik pada banner untuk join ye =)

Sekian sahaja, jumpa lagi.
(^_~)

Wednesday, 30 April 2014

Butik Pengantin

Assalamualaikum.
Dah lama saya tak update blog. Banyak betul jemputan kenduri kahwin, saya jangka akan bertambah lagi jemputannya menjelang cuti sekolah tak lama lagi. 
Disebabkan itu, muncullah idea saya untuk kongsikan beberapa butik pengantin di sekitar Segamat dan Melaka yang menjadi pilihan saya ketika nak berkahwin dulu. 

Kenapa Segamat dan Melaka?
Kerana Segamat adalah kampung halaman saya sementara Melaka kampung suami , masa saya nak berkahwin dulu ada juga survey beberapa butik pengantin jadi bolehlah saya kongsikan juga di sini. 

1. Ellif Bridal - Segamat
Butik ni merupakan pilihan saya semasa berkahwin dulu. Ownernya Kak Siti, kalau tak silap Ellif tu diambil sempena nama anak bujang Kak Siti bernama Ellif Danial. Staf-stafnya(Kak Elly, Ijam, As) pun sangat friendly dan gila-gila. 


Yang baju putih bertoncet kuning tu As, yang tudung merah tu ialah Kak Siti & Abg Syahrul (suami Kak Siti), yang baju hitam turban kuning pegang payung tu ialah tukang mekap Kak Aye. Masa ni saya teringin nak mata ala2 cat-eyes dengan lipstick merah menyala macam Fazura. Sebab masa malam berinai dan nikah mekap dah sopan-sopan gitu so untuk bersanding ni kasi menyala la semua. Kak Aye layankan je saya, sekali seumur hidup kan.
Yang paling penting adalah servis yang diberikan especially ketika majlis berlangsung. 
Saya bagi 5 stars untuk Ellif Bridal. Kak Siti mementingkan kualiti bukan kuantiti, maksimum 4 customer sahaja dalam 1 masa. Jadi siapa cepat dialah dapat, kalau lambat korang carilah bridal lain. Ketika majlis berlangsung, mereka aturkan 2 orang pembantu untuk bantu ketika majlis. Bagi saya ianya sangat penting, sebab ibu bapa dah sibuk melayan tetamu, jadi adanya mereka ni akan teratur sedikit upacara majlis. MUA Ellif Bridal ni ramai, dan semuanya memang berpengalaman. MUA saya dulu Kak Aye, saya memang pilih MUA perempuan. Selain aurat, MUA perempuan biasanya lagi pandai dari segi penggayaan tudung. Design pelamin ikut kehendak pelanggan dan setiap pelamin takkan sama dengan pelanggan yang lain. Nak usha lebih boleh visit FB Ellif Bridal ye :) 









2. Iris Awana - Segamat
 Iris Awana pun antara yang top di Segamat ni. Saya tak boleh nak cerita banyak sebab saya takda pengalaman dengan bridal ni. Tapi dari feedback yang saya dapat, servis mereka pun terbaik juga. Untuk lebih maklumat boleh visit FB Iris Awana sendiri.
Saya selitkan beberapa gambar milik Iris Awana.






3. Pusat Kecantikan Puteri (PKP) - Segamat
PKP ni bukan sahaja beri servis andaman pengantin, malah ada juga servis kecantikan seperti facial, sauna, massage dll. Saya lampirkan di sini beberapa keping gambar hasil PKP. Boleh visit FB PKP untuk maklumat lebih lanjut ye.





4. Gincu Merah Bridal - Segamat
Saya selalu lihat iklan oleh FB Gincu Merah Bridal ni. Harga yang ditawarkan oleh bridal ni boleh tahan murah juga. Setahu saya bridal ni dimiliki oleh anak muda bernama Lin yang sangat berbakat. Asalnya hanya mengikut makciknya pergi mengandam, sekarang dah punya andaman sendiri. Boleh lihat FB Gincu Merah Bridal untuk maklumat lebih lanjut. 





5. D'Kay's Idaman
Ni pun antara yang top kat Segamat, dah lama dah bridal ni. Ramai pelanggan berpuas hati dengan servis yang diberikan. Visit FB D'Kay's Idaman untuk info lebih lanjut ye :)




Sebelah Melaka pula saya tak survey banyak sebab cadangnya cuma nak buat majlis kecil-kecilan sahaja untuk majlis bertandang. Memandangkan suami pula anak sulung, plan kecil jadi besar pula. Ni andaman yang saya memang highly recommend kat Melaka ni.

1. Merlynn HomeConcept - Melaka
Bridal ni dipunyai oleh Kak Rosnaini, owner dia sangat baik dan kreatif. Barang-barang di bridal ni semuanya baru-baru belaka dan ditempah khas dari seberang laut. Semuanya design yang terbaru tau. Kak Ros ni dah lama dengan bisnes ni cuma dia baru buka butik sendiri. Setiap kali ada update terbaru daripada Merlynn, saya memang sentiasa berkenan. Rasa macam nak bersanding sekali lagi hihi. Nak tempah hantaran dan fotografi pun boleh. Sesiapa yang nak info lebih boleh visit FB Merlynn ye :)





2. GeeCantik Bridal House - Melaka
Terletak di Masjid Tanah Melaka, owner die Chi Chi memang comel sangat. 
Saya pun berkenan juga dengan bridal ni. Saya letakkan beberapa gambar sebagai contoh ye. Nak lebih tengokla kat FB GeeCantik Bridal House.





3. Mentari Kreatif - Melaka
Ni pun bridal yang top kat Melaka, rasanya pengantin2 kat Melaka mesti kenal bridal ni.
Butik nye depan Aeon Bandaraya Melaka. 
Boleh visit page Mentari Kreatif untuk info lebih lanjut.





Last but not least saya nak cerita tentang MUA(Makeup Artist) masa majlis bertandang saya di Melaka. Actually masa sebelah suami, kebanyakan persiapannye DIY je oleh pengantin (hik hik saya lah tu). Baju pun milik persendirian. 

Jadi saya lantik seorang MUA untuk mencantikkan wajah saya masa majlis tersebut.
MUA ni sebenarnya MUA untuk Kaseh Bridal dan Merlynn Home Concept.
Pada masa yang sama dia juga bergerak sebagai freelance make-up artist.
Untungnya saya kerana dia merupakan kawan saya.
Namanya Nadieya atau saya panggil Kak Nad.
Seriously make up Kak Nad ni sangat lembut dan nampak natural. Tambah lagi, Kak Nad pandai menggayakan tudung. Bagi sesiapa yang ada function, bertunang atau majlis perkahwinan, bolehlah contact Kak Nad untuk solekan ye. Casnye tak mahal pun kalau nak dibandingkan dengan hasil yang diberikan.
Nak maklumat lanjut boleh contact Kak Nad kat FB Nadieya Zam.

Inilah hasil DIY saya, mulanya nak letak lace kat tudung memandangkan lace untuk dress tu ada lebih tapi penyakit M membataskan segalanya. Jadinya tudung nampak kosong je kan. Saya dimekap oleh Kak Nad. Tudung tu pun saya gayakan ikut suka hati je, Kak Nad layankan je saya ni. Nasib baik kawan kalau tak mesti dah kene sebat. Hihi.

Kat bawah ni lagi gambar hasil tangan Kak Nad.




Sekian sahaja entry saya tentang butik pengantin di Segamat dan Melaka.
Banyak lagi yang vogue dan mantop. Tak semestinya yang saya tak letak kat sini tak bagus tau. Cuma ni sahaja yang saya ada dalam rujukan saya.
Harap ianya dapat membantu bakal-bakal pengantin untuk dapatkan khidmat terbaik ketika majlis mereka nanti. 

Sedikit tips saya dapat daripada Kak Aye dan Kak Nad, sebelum mekap tu tenyehla muka dengan ais. Ambil la beberapa ketulan ais letakkan dalam kain, pastu tepekkan di muka sebelum dimekap. Tujuannya nak bagi muka nampak segar je, takda lah kusam je muka pengantin nanti. 

Sekian sahaja.
Tata semua, sayang korang =)