Assalamualaikum.
Minuman berkarbonat memang popular dalam kalangan masyarakat. Tambahan lagi dikala cuaca panas, ditambah dengan ketulan ais menjadikan minum berkarbonat antara pilihan utama kebanyakan orang. Malah ketika musim perayaan juga, minuman berkarbonat menjadi pilihan kerana mudah untuk dihidang selain promosi-promosi yang menawarkan harga murah di musim perayaan tersebut.
Namun, sedarkah kita bahawa minuman berkarbonat ini membawa mudarat kepada kesihatan? Biar apa jenamanya, secara umum, kandungan minuman berkarbonat mengandungi terlalu banyak gula.
Menurut sekumpulan penyelidik dari Universiti Harvard bahawa satu gelas minuman berkarbonat setiap hari boleh meningkatkan risiko serangan jantung. Kajian yang dilakukan ke atas lebih 40,000 lelaki menunjukkan, minuman yang penuh dengan kandungan gula itu meningkatkan risiko serangan jantung sehingga 20 peratus, termasuk boleh menyebabkan kematian.
Menurut Ketua penyelidik Dr. Lawrence de Koning, tubuh akan bertindak mengimbangi pengambilan gula berlebihan dengan menghasilkan lemak simpanan dan sesetengah daripadanya tidak baik untuk jantung.
Menurutnya lagi, ujian dalam sampel darah menunjukkan mereka yang mengambil minuman bergula berpotensi memiliki lemak dan protein yang tinggi dalam darah, yang dikaitkan dengan serangan jantung. Keadaan ini menyebabkan paras kolestrol baik pula menjadi rendah.
Kajian itu juga menunjukkan lebih banyak minuman manis yang diambil seseorang, termasuk jus buah-buahan diawet yang ditambah gula ketika dihasilkan, ia boleh meningkatkan risiko serangan jantung. Keadaan itu diburukkan lagi dengan faktor lain seperti amalan merokok, obesiti, pengambilan alkohol dan juga gaya hidup yang tidak aktif.
Minuman berkarbonat sebenarnya tidak mengandungi zat, tetapi banyak kalori yang datang daripada gula. Banyak bukti saintifik menunjukkan ia ada kaitan langsung dengan pertambahan berat badan. Apa yang merisaukan, jika anak-anak seawal usia sudah didedahkan dengan keasyikan minuman berkarbonat ini. Selain masalah pertambahan berat badan, ia juga menjadi faktor masalah kencing manis di usia muda.
Justeru itu, marilah kita elak mengambil terlalu banyak minuman berkarbonat, sebaliknya gantikan dengan pilihan lain seperti teh/ kopi, jus buah-buah, atau lain-lain yang lebih berkhasiat. Malah sebagai ibu bapa, kita juga perlu mendidik anak mengenai keburukan meminum terlalu banyak minuman berkarbonat.
Jadikan diri kita sebagai teladan untuk anak-anak.
Sayangi diri, lindungi keluarga.
Sekian sahaja, jumpa lagi.
Love you all (*_*)
Betway Soccer 2 - LegalBet
ReplyDeleteBetway, one of the largest online bookmakers in the 1xbet world, 바카라 사이트 offers more than 30 football leagues. Betway is a young, innovative, and fun-looking bookmaker. Rating: 8.8/10 · 4 votes · Free 바카라 · Sports