Nuffnang


widgets

Wednesday 30 April 2014

Butik Pengantin

Assalamualaikum.
Dah lama saya tak update blog. Banyak betul jemputan kenduri kahwin, saya jangka akan bertambah lagi jemputannya menjelang cuti sekolah tak lama lagi. 
Disebabkan itu, muncullah idea saya untuk kongsikan beberapa butik pengantin di sekitar Segamat dan Melaka yang menjadi pilihan saya ketika nak berkahwin dulu. 

Kenapa Segamat dan Melaka?
Kerana Segamat adalah kampung halaman saya sementara Melaka kampung suami , masa saya nak berkahwin dulu ada juga survey beberapa butik pengantin jadi bolehlah saya kongsikan juga di sini. 

1. Ellif Bridal - Segamat
Butik ni merupakan pilihan saya semasa berkahwin dulu. Ownernya Kak Siti, kalau tak silap Ellif tu diambil sempena nama anak bujang Kak Siti bernama Ellif Danial. Staf-stafnya(Kak Elly, Ijam, As) pun sangat friendly dan gila-gila. 


Yang baju putih bertoncet kuning tu As, yang tudung merah tu ialah Kak Siti & Abg Syahrul (suami Kak Siti), yang baju hitam turban kuning pegang payung tu ialah tukang mekap Kak Aye. Masa ni saya teringin nak mata ala2 cat-eyes dengan lipstick merah menyala macam Fazura. Sebab masa malam berinai dan nikah mekap dah sopan-sopan gitu so untuk bersanding ni kasi menyala la semua. Kak Aye layankan je saya, sekali seumur hidup kan.
Yang paling penting adalah servis yang diberikan especially ketika majlis berlangsung. 
Saya bagi 5 stars untuk Ellif Bridal. Kak Siti mementingkan kualiti bukan kuantiti, maksimum 4 customer sahaja dalam 1 masa. Jadi siapa cepat dialah dapat, kalau lambat korang carilah bridal lain. Ketika majlis berlangsung, mereka aturkan 2 orang pembantu untuk bantu ketika majlis. Bagi saya ianya sangat penting, sebab ibu bapa dah sibuk melayan tetamu, jadi adanya mereka ni akan teratur sedikit upacara majlis. MUA Ellif Bridal ni ramai, dan semuanya memang berpengalaman. MUA saya dulu Kak Aye, saya memang pilih MUA perempuan. Selain aurat, MUA perempuan biasanya lagi pandai dari segi penggayaan tudung. Design pelamin ikut kehendak pelanggan dan setiap pelamin takkan sama dengan pelanggan yang lain. Nak usha lebih boleh visit FB Ellif Bridal ye :) 









2. Iris Awana - Segamat
 Iris Awana pun antara yang top di Segamat ni. Saya tak boleh nak cerita banyak sebab saya takda pengalaman dengan bridal ni. Tapi dari feedback yang saya dapat, servis mereka pun terbaik juga. Untuk lebih maklumat boleh visit FB Iris Awana sendiri.
Saya selitkan beberapa gambar milik Iris Awana.






3. Pusat Kecantikan Puteri (PKP) - Segamat
PKP ni bukan sahaja beri servis andaman pengantin, malah ada juga servis kecantikan seperti facial, sauna, massage dll. Saya lampirkan di sini beberapa keping gambar hasil PKP. Boleh visit FB PKP untuk maklumat lebih lanjut ye.





4. Gincu Merah Bridal - Segamat
Saya selalu lihat iklan oleh FB Gincu Merah Bridal ni. Harga yang ditawarkan oleh bridal ni boleh tahan murah juga. Setahu saya bridal ni dimiliki oleh anak muda bernama Lin yang sangat berbakat. Asalnya hanya mengikut makciknya pergi mengandam, sekarang dah punya andaman sendiri. Boleh lihat FB Gincu Merah Bridal untuk maklumat lebih lanjut. 





5. D'Kay's Idaman
Ni pun antara yang top kat Segamat, dah lama dah bridal ni. Ramai pelanggan berpuas hati dengan servis yang diberikan. Visit FB D'Kay's Idaman untuk info lebih lanjut ye :)




Sebelah Melaka pula saya tak survey banyak sebab cadangnya cuma nak buat majlis kecil-kecilan sahaja untuk majlis bertandang. Memandangkan suami pula anak sulung, plan kecil jadi besar pula. Ni andaman yang saya memang highly recommend kat Melaka ni.

1. Merlynn HomeConcept - Melaka
Bridal ni dipunyai oleh Kak Rosnaini, owner dia sangat baik dan kreatif. Barang-barang di bridal ni semuanya baru-baru belaka dan ditempah khas dari seberang laut. Semuanya design yang terbaru tau. Kak Ros ni dah lama dengan bisnes ni cuma dia baru buka butik sendiri. Setiap kali ada update terbaru daripada Merlynn, saya memang sentiasa berkenan. Rasa macam nak bersanding sekali lagi hihi. Nak tempah hantaran dan fotografi pun boleh. Sesiapa yang nak info lebih boleh visit FB Merlynn ye :)





2. GeeCantik Bridal House - Melaka
Terletak di Masjid Tanah Melaka, owner die Chi Chi memang comel sangat. 
Saya pun berkenan juga dengan bridal ni. Saya letakkan beberapa gambar sebagai contoh ye. Nak lebih tengokla kat FB GeeCantik Bridal House.





3. Mentari Kreatif - Melaka
Ni pun bridal yang top kat Melaka, rasanya pengantin2 kat Melaka mesti kenal bridal ni.
Butik nye depan Aeon Bandaraya Melaka. 
Boleh visit page Mentari Kreatif untuk info lebih lanjut.





Last but not least saya nak cerita tentang MUA(Makeup Artist) masa majlis bertandang saya di Melaka. Actually masa sebelah suami, kebanyakan persiapannye DIY je oleh pengantin (hik hik saya lah tu). Baju pun milik persendirian. 

Jadi saya lantik seorang MUA untuk mencantikkan wajah saya masa majlis tersebut.
MUA ni sebenarnya MUA untuk Kaseh Bridal dan Merlynn Home Concept.
Pada masa yang sama dia juga bergerak sebagai freelance make-up artist.
Untungnya saya kerana dia merupakan kawan saya.
Namanya Nadieya atau saya panggil Kak Nad.
Seriously make up Kak Nad ni sangat lembut dan nampak natural. Tambah lagi, Kak Nad pandai menggayakan tudung. Bagi sesiapa yang ada function, bertunang atau majlis perkahwinan, bolehlah contact Kak Nad untuk solekan ye. Casnye tak mahal pun kalau nak dibandingkan dengan hasil yang diberikan.
Nak maklumat lanjut boleh contact Kak Nad kat FB Nadieya Zam.

Inilah hasil DIY saya, mulanya nak letak lace kat tudung memandangkan lace untuk dress tu ada lebih tapi penyakit M membataskan segalanya. Jadinya tudung nampak kosong je kan. Saya dimekap oleh Kak Nad. Tudung tu pun saya gayakan ikut suka hati je, Kak Nad layankan je saya ni. Nasib baik kawan kalau tak mesti dah kene sebat. Hihi.

Kat bawah ni lagi gambar hasil tangan Kak Nad.




Sekian sahaja entry saya tentang butik pengantin di Segamat dan Melaka.
Banyak lagi yang vogue dan mantop. Tak semestinya yang saya tak letak kat sini tak bagus tau. Cuma ni sahaja yang saya ada dalam rujukan saya.
Harap ianya dapat membantu bakal-bakal pengantin untuk dapatkan khidmat terbaik ketika majlis mereka nanti. 

Sedikit tips saya dapat daripada Kak Aye dan Kak Nad, sebelum mekap tu tenyehla muka dengan ais. Ambil la beberapa ketulan ais letakkan dalam kain, pastu tepekkan di muka sebelum dimekap. Tujuannya nak bagi muka nampak segar je, takda lah kusam je muka pengantin nanti. 

Sekian sahaja.
Tata semua, sayang korang =)

Wednesday 23 April 2014

Minuman Berkarbonat - Sedap Tapi Bahaya

Assalamualaikum.


Minuman berkarbonat memang popular dalam kalangan masyarakat. Tambahan lagi dikala cuaca panas, ditambah dengan ketulan ais menjadikan minum berkarbonat antara pilihan utama kebanyakan orang. Malah ketika musim perayaan juga, minuman berkarbonat menjadi pilihan kerana mudah untuk dihidang selain promosi-promosi yang menawarkan harga murah di musim perayaan tersebut.

Namun, sedarkah kita bahawa minuman berkarbonat ini membawa mudarat kepada kesihatan? Biar apa jenamanya, secara umum, kandungan minuman berkarbonat mengandungi terlalu banyak gula. 

Menurut sekumpulan penyelidik dari Universiti Harvard bahawa satu gelas minuman berkarbonat setiap hari boleh meningkatkan risiko serangan jantung. Kajian yang dilakukan ke atas lebih 40,000 lelaki menunjukkan, minuman yang penuh dengan kandungan gula itu meningkatkan risiko serangan jantung sehingga 20 peratus, termasuk boleh menyebabkan kematian.

Menurut Ketua penyelidik Dr. Lawrence de Koning, tubuh akan bertindak mengimbangi pengambilan gula berlebihan dengan menghasilkan lemak simpanan dan sesetengah daripadanya tidak baik untuk jantung.

Menurutnya lagi, ujian dalam sampel darah menunjukkan mereka yang mengambil minuman bergula berpotensi memiliki lemak dan protein yang tinggi dalam darah, yang dikaitkan dengan serangan jantung. Keadaan ini menyebabkan paras kolestrol baik pula menjadi rendah.

Kajian itu juga menunjukkan lebih banyak minuman manis yang diambil seseorang, termasuk jus buah-buahan diawet yang ditambah gula ketika dihasilkan, ia boleh meningkatkan risiko serangan jantung. Keadaan itu diburukkan lagi dengan faktor lain seperti amalan merokok, obesiti, pengambilan alkohol dan juga gaya hidup yang tidak aktif.

Minuman berkarbonat sebenarnya tidak mengandungi zat, tetapi banyak kalori yang datang daripada gula. Banyak bukti saintifik menunjukkan ia ada kaitan langsung dengan pertambahan berat badan. Apa yang merisaukan, jika anak-anak seawal usia sudah didedahkan dengan keasyikan minuman berkarbonat ini. Selain masalah pertambahan berat badan, ia juga menjadi faktor masalah kencing manis di usia muda.


Justeru itu, marilah kita elak mengambil terlalu banyak minuman berkarbonat, sebaliknya gantikan dengan pilihan lain seperti teh/ kopi, jus buah-buah, atau lain-lain yang lebih berkhasiat. Malah sebagai ibu bapa, kita juga perlu mendidik anak mengenai keburukan meminum terlalu banyak minuman berkarbonat.


Jadikan diri kita sebagai teladan untuk anak-anak.
Sayangi diri, lindungi keluarga.
Sekian sahaja, jumpa lagi.
Love you all (*_*)

Tuesday 22 April 2014

Simple 1st Giveaway Blog Kisah Kita

Assalamualaikum w.b.t.

Klik banner untuk join.

Dijemput semua untuk memberi sokongan dan memeriahkan lagi Simple 1st Giveaway dari Blog Kisah Kita iaitu GA bersama My Stitching Wold and Shop. Buat pertama kalinya GA ini dianjurkan, harap ianya mendapat sambutan. Semoga GA ini dapat menambahkan lagi kenalan dan mengeratkan silaturrahim sesama rakan-rakan.

Syarat-syaratnya cukup mudah dan ada hadiah menanti pemenang yang bertuah berdasarkan random.org

Hadiah-hadiah:
Sepasang Kain Pasang (100% Crepe Silk) - 1 Pemenang
1 Shawl - 1 Pemenang
1 T-Shirt (Bandung) - 1 Pemenang
1 Fridge Magnet (Bandung) - 1 Pemenang
1 Fridge Magnet (Pulau Pangkor) - 1 Pemenang

GA ini berlangsung dari 1 April 2014 - 30 April 2014



Monday 21 April 2014

GA Cuci Lemari By Mamamursyid. Blogspot. Com

Assalamualaikum.
Cuci Lemari? Itu sudah bagos. Huhuhu.
Ni kesahnya GA Cuci Lemari By Mamamursyid.

Alkesahnya saya tengah online ternampakla Mamamursyid publishkan entry baru pasa GA Cuci Lemari ni. Mungkin masa Mamamursyid klik publish, ketika tu juga saya tengah online (maklumla blogger baru tengah gasak nak mengupdate blog kononnye). 
Lagipun berapa kerat sangatla followers saya, jadi apa yang Mamamursyid publish dah terang-terangan terpampang depan skrin komputer saya ni.
Saya rasa saya antara orang terawal yang menyaksikan Mamamursyid post kan GA ni.
Tapi, ketika tu saya agak pening-pening lalat saya nampak tarikh start 1 Mei, jadi saya pun dengan konfiden nye set tarikh tunggu 1 Mei baru nak buat  post GA Cuci Lemari Mamamursyid ni.
Skali harini tengok dah berderet orang join. Nasib baik tak terlambat nak join.

 GA Cuci Lemari By Mamamursyid. Blogspot. Com

Syaratnya mudah je.
1. Follow blog Mamamursyid dan Instagram.


2. Buat satu entry dengan tajuk GA cuci lemari by mamamursyid.blogsport.com 
tempek banner di atas dan backlink ke page tuan tanah nye

3. Jawab 2 soalan:
Siapa nama anak mamamursyid? Ahmad Mursyid Bin Ahmad Khushairy 
Apa pekerjaan mamamursyid? Guru dan Surirumah

TARIKH TUTUP PENYERTAAN 
16 MEI 2014
(abaikan tarikh kat banner)

Senang je kan?
Jom join.
Sayang korang ketat-ketat (*_~)
Daa Dii Duu

1st Mini GA by NaNie DeaN

Assalamualaikum

Dah lama tak update blog, skali online terus berderet GA saya malam ni.
This is a 1st Mini GA by NaNie DeaN.
What attracted me was, it's a very simple rules. Caya tak?
Jom tengok.

 1st Mini GA by NaNie DeaN

Simple rules:
Follow blog NaNie Dean
Copy banner dan link kan semula ke entry ni
Buat entry dengan tajuk: 1st Mini GA by NaNie DeaN
Dah settle semua, tinggalkan link entry tu di ruangan komen
Pemenang akan di pilih berdasarkan cabutan bertuah oleh anak2 KN (cabut nombor)

Hadiah:
2 pemenang utama:
Sebuah buku yang dipilih sendiri di MPH online berharga RM25 dan ke bawah

5 pemenang saguhati:
Cenderahati dari Terengganu

Amacam?
Menarik tertarik kau memang DaBomm tak?
Apelagi jomla turut serta.

Jumpa lagi selepas ini ye.
Sayang korang banyak-banyak (*_~)
Da Di Du

1st Giveaway Sulaman Lace Heaven

http://fuzamusa.blogspot.com/2014/04/sulamanlaceheaven-1stga.html

Semua dijemput untuk sertai GIVEAWAY ini, tapi kenalah ikut syarat-syarat berikut:
  1. Follow blog Fuza, Follow Instagram Sulaman Lace Heaven, dan Follow blog Mia Liana
  2. Buat satu entri bertajuk 1st Giveaway Sulaman Lace Heaven
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri kalian ke dalam ruangan komen INI.
  5. Pemilihan pemenang adalah melalui random.org
  6. Giveaway ini akan TAMAT pada jam 11.30 malam 12 Mei 2014
Sila klik pada banner untuk join. Jom....

Blossom April Giveaway

[klik pada BANNER untuk join]

Senarai hadiah:

1st and 2nd Top Referral:
Set Facialcare Clarins bernilai RM100 ++ atau
Teddy Bear atau
Vintage Necklace atau
Jam Mustache

Cabutan bertuah:

4x Pin Shawl
2x Button Badge
5x Keychain
3x Bookmark

Hairclip
Brooch
Bracelet
Hairband
Tasbih Digital
Kipas Tangan

Obuse Liptint
Fridge Magnet
Beg Strawberry
Handphone Strap
Boboiboy Pencil Case
Lomocard Various Kpop Artist

Tuesday 15 April 2014

GA Nurul Yui Collection

Assalamualaikum.

Jom join GA Nurul Yui Collection dan harapnya kita dapat lebih ramai kenalan.
Sebagai blogger baru, saya memang suke sangat join segmen-segment seperti ni.

 GA Nurul Yui Collection


Bagaimana nak join?
1) Buat satu entry dengan tajuk " GA Nurul Yui Collection ", letak banner & linkkan entry
2) Follow blog & like page Nurul Yui Collection
3) Berikan link entry penyertaan di ruangan komen

Ganjarannya
1 orang x 1 set pisau kitchen king 6 pcs
2 orang x topup RM 5 ( DiGi/Maxis/Celcom )

Cara pemenang dipilih
1 x top referral
2 x random org

Tarikh penting
GA tamat : 24/4/2014
Senarai peserta : 25/4/2014
Tempoh semak peserta : 25/4/2014 - 27/4/2014
Senarai pemenang : 29/4/2014

Nak maklumat lebih boleh visit blog Yui sendiri ye.
Sekian, jumpa lagi (^_~)

Monday 14 April 2014

Donut Simple Saya

Assalamualaikum.

Saya rasa ramai orang pandai/pernah buat donut, kan?
Honestly saya masih lagi mencari resipi donut yang lembut macam JCo Donuts atau Big Apple. But there's nothing beats a freshly homemade doughnut, I guess.

Mari tengok resipi donut saya:
500g Tepung Donut
1tbs Bread Softener
280ml Susu Segar
2tbs Yis Segera
1 Biji Telur
45g Butter

Caranya:
1. Satukan kesemua bahan dan uli sampai doh sebati. Untuk resipi ni saya guna bread-maker, set selama setengah jam. Takde bread-maker, guna mixer pun boleh, takda dua2 guna tangan je pun boleh, cuma penat sikitla.
2. Rehatkan doh selama setengah, tunggu doh naik dan kembang semangkuk. Normally doh tu akan double-up jadi kita tau doh tu dah ready untuk step seterusnya.
3. Canai adunan dan terapkan dalam acuan donut. Tak guna acuan pun takpe. Bentukkan sehingga jadi rupa donut.
4. Rehatkan lagi donut yang dah siap dibentuk tadi selama setengah jam sebelum digoreng.

Topping:
Saya cairkan coklat masakan guna kaedah double-boil. Letak butter sikit nak bagi nampak berkilat. Yang garis zig-zag putih tu ialah susu pekat manis. Hiasan saya letak coklat rice.


Dalam banyak-banyak donut yang saya buat, resipi ni la yang saya rasa paling sedap. 
Resipi ni saya dapat dari auntie Cina kat tempat saya.
Dah lama dah saya buat donut ni, masa tu takda blog lagi. Jadi saya tak dapat la nak attachkan satu persatu gambar sebelum dan sesudah donut saya ni. Dua gambar ni jela yang ada dalam simpanan handphone saya.

Kalau sesiapa yang ada resipi donut baik punya dan gebu boleh la share dengan saya.
Sekian, jumpa lagi ye.

Love ya muchos (*o*)

Sarah Mengemas Rumah Part #1

Assalamualaikum.

Kali ni saya nak cerita sedikit tentang anak dara saya yang sangat rajin tolong mummy 'mengemas'. Keadaan rumah memang sepatutnya kemas dan bersih sebab baby usia 6+ bulan macam Sarah ni dah pandai 'mengemop' lantai sendiri. Tapi disebabkan 'kerajinan' Sarah ni sampai tak terkemas rumah jadinya.

Sarah ni jenis manja, tak boleh berenggang langsung dari saya. Lagi satu, die ni  langsung tak nak kat orang lain. Mungkin sebab mummy jela yang ada 24 jam dengan dia. Mungkin juga ni lah reward Sarah untuk mummy sebab sanggup korbankan kerjaya demi dia. 

Sekarang ni Sarah cukup marah bila kita treat die macam newborn baby. Die tak mahu baring dah. Meniarap dan mengensot dah expert cuma ikut mood la die nak meniarap ke tak. Merangkak tak pandai lagi, tapi ni dah keje nak berdiri je.

Ni kalau nenek nampak, die mesti marah mummy die ingat mummy tak bagi awak makan. 
Padahal awak tu yang semua bende nak dimasuk ke mulut.

Dah penat berdiri, die dulu pulak. 
Main cak-cak di sebalik langsir ye Sarah?

Kepenatan nampaknye anak dara ni, terduduk terus. 
Hidung takmau kembangkan sangat la Sarah. Tak lawa.....

Finally, budak baik tidur selepas puas explore langsir.
Tido lama sikit ye sayang, mummy nak berblog kejap.

Saya nak kongsikan jugak teletah Laila Umairah (anak kawan baik saya Ecah). Boleh dikatakan setiap hari kami 'berwhatsapp' dan selalunya topik paling hot adalah ragam anak-anak. Kebetulan Laila sebaya Sarah, cuma bezanya Laila tua sebulan. Saya dah anggap Laila macam anak saya sendiri jadi untuk setiap perkembangan dia, saya turut akan rasa gembira.

Puas mama awak cari rupanya Laila main di sebalik gantungan baju.
Sekejap tadi kat dapur, sekejap dah dalam bilik. 
Laju betul awak bawak kereta ye Laila, kene saman nanti.

Laila bawak lari baju, maklumla dapat hadiah baju baru.
Diusungnye 'mengemop' lantai kesana kemari baju baru tu.

Berjaya jugak saya menaip satu entry ringan untuk hari ini.
Dalam usia macam Sarah sekarang, baby memang akan aktif bermain sebab otaknya sedang meneroka segala benda baru dalam hidupnya.
Walaupun kadang-kadang agak menguji kesabaran, tapi saya tak mahu terlepas waktu berharga ni. Masa berlalu dengan pantas dan pasti suatu masa nanti kita akan merindui waktu sebegini.

Sarah dah bangun.
Jumpa lagi, love ya muchos (*_~)